بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Friday, January 4, 2013

SAya MIntaK mAAf...

Memang semua ni salah saya...

Tahun 2012 dah berlalu...pelbagai memori manis, pahit masih berlegar-legar di fikiran. Paling menyerabutkan fikiran apabila masalah peribadi yang melibatkan hati dan perasaan menguasai jiwa. Aku sedar diri ni bukan lah yg terbaik tuk semua orang. Aku dah cuba untuk menjadi yang terbaik bagi semua orang tp mungkin silap aku sendiri tak pandai nak 'mengurus' semua tu. Aku dah gagal. Yes! i'm failed!. 


Lumrah hati seorang wanita inginkan kehidupan yang bahagia bersama insan yg tersayang. Aku pun dianugerahkan hati 'seorang wanita'. Aku nak hidup dengan orang yg aku sayang. Aku nak pilih bakal suami sendiri, dengan harapan aku lebih mengenali dia. Aku sgt bersyukur sebab dapat family yg open-minded, family serahkan semuanya pada aku untuk memilih calon suami TAPI hanya 1 harapan yang berbaur syarat agar aku blh cari calon yg 'senegeri'. Sekarang ada sorang hamba Allah sedang memberikan harapan besar agar dapat hidup dengan aku, tak dinafikan dia memang baik, TAPI 1 ja masalah yang menjadi isu utama dia orang JOHOR dan sememangnya amat bercanggah dengan harapan keluarga.


Awak...saya minta maaf banyak2..saya keliru antara awak dan family. Saya berada di tengah2. Saya dah cuba menyelamatkan keadaan tapi saya dah tewas jugak akhirnya. Mula2 ramai yg sokong saya untuk pilih awak, tapi akhirnya sy tak tahu kenapa semua orang nak saya cari jugak orang dekat. Saya sayangkan awak, saya sayangkan family saya. Saya tahu awak marah sangat2 dengan tindakan saya, saya tahu awak sedih sebab saya dah pernah alami situasi ni, tapi saya dah x mampu.  Awak...cubalah fahami keadaan saya sekarang, saya sayangkan family saya sebab PENTING untuk awak tahu, tanpa mereka mungkin saya dah tak jadi manusia sekarang. Saya yang awak kenali sekarang sangat berbeza dahulu. Tanpa mereka x mungkin saya bergelar mahasiswa universiti, tanpa mereka x mungkin saya berada dalam bidang yg saya ceburi sekarang. Saya sgt yakin tanpa mereka yang menyelamatkan saya dulu, saya merupakan  sorang manusia yg jauh dari landasan agama kerana hanyut dengan hal duniawi, saya tergolong dalam kalangan mereka yang dianggap terdedah dengan gejala sosial. Kalau awak nak tahu itulah saya suatu ketika dulu..dan akan berterusan hingga sekarang kalau tidak diselamatkan oleh family. Saya sedih sebab buat keputusan mcm ni. Saya fikirkan harapan awak, saya juga fikirkan harapan keluarga.


Satu ja saya nak minta dr semua orang....cubalah fahami saya walaupun hanya untuk sekali.

Monday, September 3, 2012

Peringatan Buat Sang Lelaki...

Wahai kaum Adam...jika benar kau kasih dan cintakan wanita itu :

* Bawalah dia ke jalan Allah
* Nasihatilah dia dengan penuh hikmah
* Perbetulkan kesilapannya dengan berhemah
* Jagalah dia dengan sepenuh hati
* Kasihanilah dia seadanya
* Lindungilah dia sebaik mungkin
* Berilah kasih sayang padanya setulus sanubari
* Hargailah dia selayaknya
* Ucapkan terima kasih atas semua kelebihan dan jasa-jasanya
* Bersabarlah dengan tingkah lakunya
* Terima dan redhalah dengan kekurangan yang ada padanya
* Jadilah IMAM terbaik yang dapat membimbingnya
* Ampun dan maafkanlah dia atas segala kesilapannya


sumber: Blog PakarHowTo

Sunday, June 17, 2012

Keruntuhan Akhlak

KERUNTUHAN AKHLAK??? skema lak tajuk...mcm tajuk soalan exam spm dulu...glemer la tajuk ni. Tiba2 rasa nak kongsi satu pengalaman.
          Tanggal 15 Jun 2012 (Jumaat)...ana (saya) n sepupu balik kampung (Kedah). Bertolak hari Jumaat, malam...sampai pagi Sabtu kul 5.30 pagi. Lepas solat Subuh kat stesen bas Shahab Perdana, Mergong...kami naik bas ke Pokok Sena kul 6.30pg. Dari Shahab Perdana naik bas best sgt sebab dah lama x naik bas ;) , ditiup angin pagi pulak...aduhhh bestnyaaaa lah. Pas 2 lalu Pekan Rabu. Tiba2 ternampak 3 pasang 'kapel' tengah lepak kat dataran tu...huhu. Ter'blurrr' seketika memikirkan pasangan2 td. Tgk gaya mcm baru 15, 16 tahun...hati tertanya2...mcm mana budak2 tu bleh kluar rumah waktu2 mcm 2...kul 6.30 pagi. Lari dari asrama??? Lari dari rumah??? Kalau x lari dari asrama n rumah, mcm mana blh dapat keizinan dr parents tuk kluar waktu2 mcm 2...mcm2 persoalan timbul dr fikiran. Atas sebab apa budak2 2 bt mcm 2...adakah kerana bermasalah atau hanya tuk suka2. Sepasang berpelukan, sepasang beradu kasih n sepasang bersiar2 mesra...Allahuakbar...hati yang tenang menikmati keindahan suasana pagi di kampung tiba2 bertukar sebak n sedih dengan mainan dunia...Ya Allah, jauhkanlah aku dan seluruh ahli keluargaku dari terjebak dengan mainan dunia berajakan syaitan ni...aminnn

Sunday, May 27, 2012

Ku PilIH haTImU


Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku
Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

Bukan senang hati nak memilih seorang lelaki untuk dijadikan suami. Opss! bukan memilih sebenarnya, tapi menerima. Amat susah sekali. Lelaki sekarang kebanyakannya mahu berkawan, bagi kasih sayang tapi bukan tuk siries, just tuk seronok2.. Perempuan pun sama. Kebanyakannya hanya ingin memenuhi tuntutan statement "orang lain ada bf/gf aku pun mesti ada". Tapi tak semua lelaki dan perempuan macam tu, cuma kita yang belum jumpa yang sesuai... yang ada tujuan dan matlamat yang sama iaitu, ingin mendirikan masjid yang halal dan sah di sisi agama. 
Amat susah sekali apabila hati trauma dengan pengalaman2 lepas, hati dipatahkan, perasaan dikecewakan, kepercayaan diguna2kan, kasih sayang dibiarkan berselerak...terima kasih banyak2 diucapkan. Pengalaman2 itu membuatkan hati takut untuk menerima seseorang yang lain......yang mana, tanpa disedari sebenarnya dia merupakan seorang yang mempunyai tujuan dan matlamat sama seperti yang diharapkan..seseorang yang siries dan setia dalam perhubungan, yang dinafikan oleh hati sendiri akan kesungguhan dirinya hanya disebabkan perasaan trauma...trauma dengan perbuatan hamba2 Allah yang lalu...
Namun kini, setelah difikirkan...tidak salah sekiranya peluang itu dibukakan sekali lagi untuk disayangi oleh si dia. Yaa...hati ni telah bersedia untuk menerima si dia sebagai peneman hidup InsyaAllah hingga ke akhit hayat...bukan senang untuk menyayangi seseorang yang jauh hubungannya dengan keluarga sendiri, tapi bila hati dah sayang...hanya Allah yang tahu...;)

Ya Allah Ya Tuhanku...seandainya ini adalah jodohku Kau dekatkanlah hatinya dengan hatiku...Kau permudahkanlah urusan kami untuk bersatu melalui ikatan yang sah..diiringi restu dari kedua belah pihak keluarga. Kau jauhkanlah kami dari fitnah dunia yang kejam. Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jagalah hatiku dari menyayangi dia melebihi cintaku padaMu...aminnnnn

Monday, May 21, 2012

Jiwa Kacau

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa................................................................................................!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kadang2 ada perkara yang perlu kita berterus terang kepada semua orang walaupun perkara itu amat susah untuk diterangkan, diluahkan, dikhabarkan, diberitahu dan bermacam2 di lagi huhuhuuuuuu


macam mana ni... macam mana ni... macam mana ni.............................???



????????????????????????????????????????????????????????????????????????

(sorry...hati rasa nak menjerit sekuat hati, tapi xdak tempat tuk tunaikan perasaan tu, so jerit kat sini ja la)
>peace no war<


Friday, May 18, 2012

Indahnya menjadi WaniTA SOleHah ;)

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"apabila wanita itu telah melakukan SOLAT LIMA WAKTU, PUASA pada bulannya, TAAT kepada SUAMINYA, menjaga KEMALUANNYA, akan dikatakan kepada dia: Masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai".
(Riwayat Ibn Majah)


Nak jadi wanita dan isteri solehah jugak...;)

Thursday, May 17, 2012