بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Friday, January 4, 2013

SAya MIntaK mAAf...

Memang semua ni salah saya...

Tahun 2012 dah berlalu...pelbagai memori manis, pahit masih berlegar-legar di fikiran. Paling menyerabutkan fikiran apabila masalah peribadi yang melibatkan hati dan perasaan menguasai jiwa. Aku sedar diri ni bukan lah yg terbaik tuk semua orang. Aku dah cuba untuk menjadi yang terbaik bagi semua orang tp mungkin silap aku sendiri tak pandai nak 'mengurus' semua tu. Aku dah gagal. Yes! i'm failed!. 


Lumrah hati seorang wanita inginkan kehidupan yang bahagia bersama insan yg tersayang. Aku pun dianugerahkan hati 'seorang wanita'. Aku nak hidup dengan orang yg aku sayang. Aku nak pilih bakal suami sendiri, dengan harapan aku lebih mengenali dia. Aku sgt bersyukur sebab dapat family yg open-minded, family serahkan semuanya pada aku untuk memilih calon suami TAPI hanya 1 harapan yang berbaur syarat agar aku blh cari calon yg 'senegeri'. Sekarang ada sorang hamba Allah sedang memberikan harapan besar agar dapat hidup dengan aku, tak dinafikan dia memang baik, TAPI 1 ja masalah yang menjadi isu utama dia orang JOHOR dan sememangnya amat bercanggah dengan harapan keluarga.


Awak...saya minta maaf banyak2..saya keliru antara awak dan family. Saya berada di tengah2. Saya dah cuba menyelamatkan keadaan tapi saya dah tewas jugak akhirnya. Mula2 ramai yg sokong saya untuk pilih awak, tapi akhirnya sy tak tahu kenapa semua orang nak saya cari jugak orang dekat. Saya sayangkan awak, saya sayangkan family saya. Saya tahu awak marah sangat2 dengan tindakan saya, saya tahu awak sedih sebab saya dah pernah alami situasi ni, tapi saya dah x mampu.  Awak...cubalah fahami keadaan saya sekarang, saya sayangkan family saya sebab PENTING untuk awak tahu, tanpa mereka mungkin saya dah tak jadi manusia sekarang. Saya yang awak kenali sekarang sangat berbeza dahulu. Tanpa mereka x mungkin saya bergelar mahasiswa universiti, tanpa mereka x mungkin saya berada dalam bidang yg saya ceburi sekarang. Saya sgt yakin tanpa mereka yang menyelamatkan saya dulu, saya merupakan  sorang manusia yg jauh dari landasan agama kerana hanyut dengan hal duniawi, saya tergolong dalam kalangan mereka yang dianggap terdedah dengan gejala sosial. Kalau awak nak tahu itulah saya suatu ketika dulu..dan akan berterusan hingga sekarang kalau tidak diselamatkan oleh family. Saya sedih sebab buat keputusan mcm ni. Saya fikirkan harapan awak, saya juga fikirkan harapan keluarga.


Satu ja saya nak minta dr semua orang....cubalah fahami saya walaupun hanya untuk sekali.