بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Saturday, November 6, 2010

..."20.10.2010"...








...HEPPY BURFDAY TO ME….hehe “20.10.2010”...

Selamat hari lahir ke 22th, happy birthday, sanah helwah……itu lah di antara ucapan yang aku terima bermula tepat jam 12.01am, pada tarikh 20.10.2010 hari Rabu. Mesej dari kengkawan dan sedara mara memenuhi inbox handset. Tak cukup dengan tu, wall facebook pun dipenuhi dengan ucapan dari kengkawan. Esoknya pulakkat kelas pun dapat ucapan lagi dari kengkawan….waahhhh best betul. Bahagianya hiduphehe. Terima kasih kat kengkawan & saudara mara yang wish burfday to me…

Sepanjang aku hidup selama 22th ni, burfday tahun ni la aku rasa seronok sangat2 coz ada surprise tuk aku. Petang tu aku tengah lepak2 kat umah coz baru balik dari kelastiba2…jeng3 dengar la suara orang nyanyi lagu burfday beramai2…wahhh terharunya aku sampai terkedu tak terkata..time tu aku memang dah tak boleh tahan air mata dari meleleh. Bukan takat meleleh, tapi dah sampai tahap melimpah. Punya lah terharu campur terkejut campur tak percaya lagingee. Paling buat hati aku tersentuh rupa2nya benda ni dah dirancang seminggu sebelum burfday aku. Hanya Allah saja yang tau apa perasan aku time tu. Terima kasih banyak2 pada Erizal, Shuhada, Kak Anim, Opie, JueWawa. I love you all soooo much. Ni la hari yang buatkan aku bahagia sangat2. Ada jugak orang yang ingatkan aku, sayangkan aku…..sob2 ;(….

Ermhhhsebut pasai burfday nitringat aku pada insan yang telah melahirkan aku. Mak aku. Samilah binti Kamis. Tahun ni (01.10.2010) genap la 5 tahun dia tinggalkan aku. Walaupun dia dah xda, tapi aku nak juga ungkapkan ucapanterima kasihcoz dah bersusah payah mengandung dan melahirkan aku. Tak cukup dengan tu, jaga akubagi kasih sayang yang tak terhingga, bagi apa yang aku nak walaupun kami hidup serba kekurangan coz ayah dah lama meninggal. Dia la yang jadi ayah dan mak. Pagi2 keluar cari duit nak bagi aku boleh p sekolah, dapat makan yang cukup. Dia lah jugak yang beri perlindungan, kegembiraan, kebahagiaan dan ketenangan. Namun, akhirnya dia pergi tinggalkan aku. Kini hanya tinggal kenangan. Tapi dia dah bagi aku 1 hadiah yang sangat bernilai, iaitukehidupan” yang cukup bermakna. “kehidupan” yang bantu aku untuk teruskan hidup, mengajar aku untuk tabah, berfikiran matang, hidup berdisiplin dan boleh hidup sendiri tanpa dia di sisi. Skarang tiba lah saatnya, aku lak yang nak bagi hadiah kat dia. Aku nak tunaikan hasrat dia nak tengok aku berjaya menjadi seorang pendidik. InsyaAllah aku akan tunaikan hasrat dia. Aku akan……..

Pesanan: kepada sahabat2 sekalian, berilah ucapan terima kasih kepada ibu pada hari kelahiran anda kerana mereka lah anda wujud hingga sekarang. Selagi mereka masih hidup, hargailah pengorbanan yang telah mereka lakukan demi insan bergelar anak......




          
         

Thursday, January 28, 2010

WEB 2.0

WEB 2.0

1)DEFINISI WEB 2.0
 Web 2.0 sebenarnya masih tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya oleh pakar-pakar internet kerana ia agak meluas. Namun ia lebih menekankan kepada ‘social network’ atau jalinan sosial antara para penggunanya. Contohnya, melalui penggunaan Blog, pengguna boleh berkongsi artikel atau hasil-hasil nukilan yang lain dan pelbagai maklumat lagi yang melibatkan interaksi antara para pengguna.
 Istilah web 2.0 mula menjadi terkenal semenjak O’Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Web 2.0 tidak merujuk kepada teknologi baru dalam world wide web (www), meskipun web 2.0 memiliki kecenderungan tertentu dalam design dan penggunaan teknik AJAX.
 web 2.0 adalah klasifikasi dari web (yang kemudian berevolusi menjadi lebih dari sekedar klasifikasi: sebuah era) yang membuat ’semua orang’ yang terhubung ke web mampu menyediakan dan mendistribusikan konten (teks, grafis, dll) di web.

2)CIRI-CIRI WEB 2.0
• Terdapat aplikasi web yang berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Web ini boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak perlu menginstall apa-apa software. Contohnya javascripts, php dan sebagainya.
• User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberikan pandangan atau komen seperti yang terdapat pada blog, Friendster, facebook dan sebagainya.
• Membolehkan pengguna melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain denan mengisi maklumat peribadi sahaja. Menggunakan platform seperti MyBlogLog untuk blogs, atau add-a-friend untuk Friendster atau MySpace.
• Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog boleh memberikan maklumat dengan segera kepada pengunjung apabila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari sekiranya pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.

3)KELEBIHAN DAN KELEMAHAN WEB 2.0
 Kelebihan
- memudahkan interaksi antara para pengunjung.
-Internet user yang terdapat pada web 2.0 mudah untuk mengelola halaman web videonya tanpa harus mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli hosting yang boleh menampung fail-fail video yang cukup besar kapasitinya.
 Kelemahan
-istilah web 2.0 sering disalahgunakan, terutamanya dalam web marketing, iaitu untuk menjelaskan apa saja perkara baru dalam internet, walaupun mungkin ia tidak mengandungi ciri-ciri seperti yang telah disebutkan. Hal ini adalah disebabkan wujudnya aplikasi-aplikasi baru pada internet yang mana kebanyakkannya akan dilonggokkan ke dalam istilah web 2.0. Kadang-kala walaupun sesebuah website itu baru, namun ia masih mengandungi ciri-ciri web 1.0. Malah ada juga website baru jenis ini akan tersalah menggunakan istilah web 2.0 untuk menggambarkan diri mereka, walaupun sebenarnya ciri-ciri website mereka adalah web 1.0.


4)PERBEZAAN WEB 2.0 BERBANDING WEB 1.0
Web1.0 adalah mengenai diri kita sendiri, manakala web2.0 adalah mengenai perhubungan atau interaksi antara diri kita sendiri dan orang lain.
Dalam web 1.0, pengunjung hanya boleh membaca artikel pada website, tetapi dalam web 2.0, pengunjung boleh menjadi subscriber dan contributor, termasuk photo-sharing seperti Flickr, YouTube dan sebagainya.
Melihat kepada ‘User-friendly interface’, web 1.0 selalunya tidak berapa user-friendly, berbanding dengan web 2.0 sites yang memudahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Contohnya, pembina site Friendster dilihat begitu mudah sahaja membinanya.

>> diperolehi daripada:

o http://www.internetmelayu.com/blog/2007/04/30/apakah-web-20/
o http://putroweb.blogspot.com/2009/02/pengertian-web-20.html
o http://bloggingly.com/konsep-web-20-apa-itu-web-20/

Tuesday, January 26, 2010

Jika Kita Sayang AWEK Kita??!!!

JIKA KITA SAYANG AWEK KITA!!!
YEKE? "aku sayang gila awek aku?"..


saya suka tengok jari awek saya...cantik betul ni, sungguh...sampai takut nak pegang...bukan takut patah...takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

saya suka tengok rambut awek saya...cantik betul ni, sungguh sebab tu saya belikan tudung...bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....tapi sebab saya nak tengok rambut iklan pantene dia sampai bila2...bukan yang terbakar dek api neraka di suatu
hari nanti...

saya suka tgk body awek saya...cantik betol ni, sungguh sebab tu saya belikan dia telekong supaya masa dating dengan kekasih dia yang utama dia lagi cantik dan berseri menghadapNya...saya pun tumpang dapat pahala...

saya sedih tengok awek saya tak tidur, tak makan, rindu kat saya... saya pun macam tu juga ada problem yang sama... dia tanya apa ubatnya? saya pun bagi dia al-Quran untuk penenang jiwa, semoga lebih cintakan-Nya dari saya

saya sedih tengok awek saya selalu pesan macam2 kat saya... makan, minum, drive elok2 tapi bila tengok movie sama2 burn asar maghrib gitu aje dia tak kata ape... berdosanye saya....

kesimpulannya saya memang sayang dia, nak jumpa dia yang 'selama-lamanya' di dunia dan akhirat, terutamanya janji nak share heaven sama2

semoga kami saling mengingati dosa sendiri pun infiniti...nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...semoga kami menginsafi diri...Ya Allah ampunkanlah kami....

p/s: ada ke orang lelaki zaman sekarang yg macam diatas..kalau ada alangkah bertuahnya perempuan tu ye...lelaki baik untuk perempuan yang baik, perempuan baik untuk lelaki yang baik..kan best kalau semua lelaki berpikiran macam tu... ni tak, bila dating, kita pulak yang kena ingatkan dia tentang solat... nak nya pulak dia hantar kita g solat, tapi dia jadi pak guard kat pintu masuk surau...tak pasti samada dia g solat atau tak...maklumlah, kan perempuan kalau solat amik masa yang lama untuk bersiap.........

Hasil Nukilan: Fidah >>e-forum hal ehwal Islam -JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Thursday, January 21, 2010

Tuesday, January 19, 2010

Ciri-ciri Insan Bergelar Sahabat

Setiap manusia di muka bumi ini masing-masing mempunyai sahabat. Namun, mencari seorang insan yang betul-betul bergelar sahabat amatlah susah. Di sini terdapat beberapa ciri insan bergelar sahabat untuk dikongsi bersama....

SAHABAT...
1> Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
2> Insan yang memahami diri kita, perasaan dan kehendak kita.
3> Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa meletakkan syarat dan tidak mengharapkan balasan.
4> Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
5> Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
6> Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya menggadai nyawanya kerana kita.
7> Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
8> Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
9> Insan yang dapat dijadikan tempat untuk meluahkan segala masalah hidup dan perasaan kita.
10> Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
11> Insan yang boleh menjadi tempat untuk bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
12> Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
13> Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
14> Insan yang sentiasa MENDOAKAN KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN kita setiap kali selepas solat.
15> Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hayat mereka.

ADAKAH SAHABAT-SAHABAT DI SEKELILING ANDA MEMPUNYAI CIR-CIRI TERSEBUT?????

Thursday, January 14, 2010

HARI INI DALAM SEJARAH...

Salam...'hari ini dalam sejarah' first time aku berjaya buat blog sendiri...dalam kelas MTS1022