بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Tuesday, February 28, 2012

TerkeDU SEketIKa

Terkedu Seketika....

Itulah keadaan saya ketika melihat seorang hamba Allah ni, hidupnya sangat 'simple' tapi hubungannya dengan Allah tetap dijaga dengan baik. Mungkin perkara ini bukanlah merupakan suatu perkara yang ganjil dan begitu hebat atau sebagainya. Tapi, bagi saya dengan melihat sikap dan sifat dia tu membuatkan saya rasa rendah diri dan kagum dengan dia.

Siapa orangnya???

Biarlah rahsia. Tapi apa yang hanya boleh dikongsikan, dia tu adalah roomate saya. Kami tak pernah mengenali antara satu sama lain. Pertama kali berjumpa ketika dia datang dengan seorang rakan untuk melihat keadaan rumah (rumah yang saya sewa sekarang) untuk menyewa bersama rakan-rakannya. Melihat dari segi penampilan, memang sangat simple sepertimana penampilan anak muda zaman sekarang, maaf untuk menyatakan bahawa pakaian tidak begitu menutup aurat tapi pakai tudung. Sepertimana yang dikatakan tadi, lebih kepada trend budak-budak remaja zaman sekarang. Pada mulanya dia datang berdua dan kelihatan rakannya yang lebih banyak bercakap. Dia hanya diam sahaja. Kemudian, datang lagi 3 orang rakan-rakannya yang lain.

Pertemuan kali pertama membuatkan hati saya berkata, budak-budak ni 'sosial sikit'... ;). Saya terfikir juga, antara syarat yang diletakkan oleh tuan rumah, penghuni rumah tu mestilah menjaga adab. Perlu sembahyang dan tidak boleh sesuka hati mambawa kawan lelaki memasuki rumah. Baik, syarat2 telah dipersetujui dan mereka berlima akan menyewa rumah tersebut. Tidak dinafikan juga, dalam kelima-lima orang itu, saya hanya rapat dan mempercayai seorang sahaja iaitu si rakan yang bercakap banyak tadi dan bukannya si dia (yang dimaksudkan).

Setelah sebulan berlalu, rumah sewa itu dipenuhi dengan budak-budak berlima tadi. Alhamdulillah semuanya ok, baik, kepala gila-gila, happy...ok la semuanya. Namun, apa yang menjadi perhatian dan pemantauan saya adalah dari segi penjagaan sembahyang mereka. Setakat hari ni, di depan saya semuanya ok. Sembahyang tak tinggal. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah kepada si dia yang sangat menjaga sembahyangnya. Apabila waktu tidak sibuk (hanya berada di rumah), masuk ja waktu solat dia akan terus pergi mengambil wudhuk dan solat. Apabila sibuk (contoh, balik kelas lewat) dia akan segera ke bilik air dan solat (terus mendahulukan solat). Saya memang suka dengan cara kehidupan dia walaupun dari segi pakaian tidak begitu dijaga. Dirinya juga simple, tatkala rakan-rakan lain sibuk siapkan diri (make-up) untuk ke kelas, dia hanya rileks, masuk bilik ambil tudung pakai. Ada juga saya tanya M*** tak suka make-up ke? Dia hanya menjawab 'tak'.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang dia buat itu amat mengagumkan saya tapi apa yang paling ketara adalah dalam bab solat. Saya bangga dengan dia. ;)

Thursday, February 23, 2012

perUbahAN

Salaaaaamun'alaikkk......;)

Kesedihan melanda...di saat ku keseorangan membawa diri mencari sesuap nasi di bumi orang...dalam hati rindu sangat2 kat kawan2. Terlintas di fikiran saat2 bersama mereka...kini, semua telah membawa diri masing2. Pelbagai perubahan telah berlaku dalam diri. Memang pelbagai sangat3. Mungkin semua perubahan itu merupakan jalan untuk diri ini menjadi seorang yang lebih matang dan hidup berdikari.


 Dulu ada kawan2 jalan sama2 nak p kelas...p jalan2 release tension pun sama2 beramai2...p pekan, keluaq KL...tapi sekarang, jalan sorang2 ja nak p mana pun. P keja sorang2, nak p jalan2 hilangkan tensyen pun sorang2. Tak berani nak jalan jauh2, xdak kawan nak teman dah. 


  
   Main pun sorang2.....huhuuu sedih3 ;(



    Jalan sorang2. Duduk sorang2. Rehat sorang2.     Sunyinya dunia...;(                                                       


    Makan & minum sorang2...


         Tidur pun sorang je....sedih rindukan kawan2 ;(


Malam2 kalau lapar & ada barang nak beli pun keluar jalan sorang2...;(

Semuanya sorang ja sekarang....;(
Lihatlah betapa pentingnya kehadiran seorang kawan dalam kehidupan...tanpa kawan hidup seseorang itu tidak akan sempurna....


Monday, February 20, 2012

7 Cara Memantau anAk-anAk Melayari interNET

AnaK aseT uTama kELuargA


*1-->     Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak belajar dan meneroka dunia internet. Pendidikan amat penting untuk menangani isu ini selain penggunaan alat pemantauan dan penapisan.

*2-->     Sebagaimana pentingnya ibu bapa dan penjaga membimbing anak-anak supaya bertanggungjawab menjaga diri sendiri dalam dunia sebenar, ibu bapa juga bertanggungjawab membimbing mereka dalam dunia internet.

*3-->     Pemahaman umum yang juga relevan dengan dunia sebenar seperti larangan bertegur sapa atau mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali juga perlu ditekankan kepada anak-anak.

*4-->     Ibu bapa juga perlu menekankan tentang larangan memuat naik foto peribadi, keluarga mahupun rakan-rakan yang tidak sopan di laman rangkaian sosial.

*5-->     Ibu bapa perlu memantau corak penggunaan internet anak-anak.

*6-->     Menetapkan parameter atau peraturan tertentu bagi anak-anak seperti tempoh masa tertentu untuk anak-anak melayari internet dan menghadkan laman web tertentu untuk dilayari anak-anak.

*7-->     Selebihnya, bagi penguasa siber kafe pula mereka digalakkan juga melakukan perkara yang sama untuk menjaga keselamatan anak-anak dan bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata mahupun mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak. 


sumber: Majalah Wanita keluaran 3-9 Februari 2012 / 10-16 Rabiulawal 1433H

Sunday, February 12, 2012

Berdiri atas kaki sendiri

Assalamualaikum......!!!

waaa...dah lama x update my lovely blog ni...soriee5x ngeee ;p
bila dijengok2 balik kat ruang 'My Story' tu...hue3 rupa2nya sepanjang tahun 2011 xpernah update langsung
SEBAB ???
ntah...x sempat kot, busy + malas =  ...... (jawab sendiri) :p

k k k 
hari ni tetiba rindu sgt kat blog ni & rasa nak kongsi skit tentang tajuk best ni

" BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI "



tewwww tajuk hik3
sebenarnya ni adalah rentetan & sambungan daripada tajuk nomad bulan lepas tu... dah nama pun hidup ber'nomad' kan, secara tak langsung dah hidup sorang2 ni mestilah kena berdiri atas kaki sendiri.

YA!!! berdiri atas kaki sendiri
9 Januari 2012, maka tamatlah pengajian ana (saya) di IPTA..terus balik kampung dalam 2 minggu. Sepanjang 2 minggu ni sesapa ja yang terjumpa ana mesti bertanyakan soalan yang sama. 
SOALAN PA ??? 
haa ni dia soalan tu....dah habeh mengaji ka?  bila nak dapat kerja? pas ni kena kerja di mana? aduh....tensyen3x!!! actually kalau soalan 2 ditanya dua tiga kali ok lg, masalahnya semua orang tanya benda yang sama...penat nak menjawab, dah jawab ada jugak yang terkejut...& tanya lagi sebab apa lambat sangat nak dapat kerja???? aduh...aduh...aduh... (dalam hati nak ja tukar tempat dengan orang2 yg bertanya tu, biar dia tahu n jawab sendiri soalan 2...huhuhu ;(... )

k k k 
dah genap dua minggu kat umah....tetiba satu hari tuuu jeng! jeng! jeng! sampai surat tawaran bekerja sambilan kat IPTA ana dulu....waaaaa dalam hati ni syukur sangat3x hanya Allah s.w.t ja yang tau...huhuhu malam tu jugak ana beli tiket balik U, esoknya p lapor diri kat sana hahaha jahat dak tinggaikan kg cam 2 ja :D
tak sengaja k, nnt cuti ana balik la...lagi pun tak lama 3 bulan ja. YAAA ni la yang dinamakan berdiri atas kaki sendiri. Sememangnya keputusan keluar dari kg n balik U tuk kerja tu agak tepat la. Bukan apa, dah sampai masa tuk ana hidup berdikari. Lagipun dah xda sesapa, ada tok ja kan. Dalam umur sebegini (20an ^_^ ) dah tak layak tuk dapat nafkah dari tok, lain la time blajar dulu. Memang kena cari duit sendiri. Kalau tolak tawaran tu pun sampai bila nak hidup bersenang lenang kat rumah tu....tak bleh, tah bleh, tak bleh....ana perlu usaha sendiri tuk cari rezeki, nak tanggung diri sendiri, nak belanja tuk konvo lagi nanti...hermhhh

Jadi...dah 2 hari ana kerja sambilan kat IPTA ana dulu....
PERASAAN...???
besttt sangat3...bleh jumpa lec, kawan2
tp masuk hari kedua 2 dah start buzy...
tringat nasihat Dr. Ibrahim (mantan lec ^_^ )
"now, here u are the one of university's stuff, not a student again, remember that" 
hue3x
pape pun, pengalaman tu yang penting...;)

opsss! lupa lak...
hermhhh...dah dapat keja ni, MAKA hidup ana pun dah ber'nomad' laaa kat universiti ni pulak....hahahahaha & > peace <

k k k
takat ni ja dulu ana nak kongsi2 hala tuju kehidupan ana, nanti kita sambung lagi k kat tajuk2 comel seterusnya..... comel ka tajuk2 tu??? hahaha pa2 ja la....daaa
Wassalam....................;)