بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Monday, February 20, 2012

7 Cara Memantau anAk-anAk Melayari interNET

AnaK aseT uTama kELuargA


*1-->     Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak belajar dan meneroka dunia internet. Pendidikan amat penting untuk menangani isu ini selain penggunaan alat pemantauan dan penapisan.

*2-->     Sebagaimana pentingnya ibu bapa dan penjaga membimbing anak-anak supaya bertanggungjawab menjaga diri sendiri dalam dunia sebenar, ibu bapa juga bertanggungjawab membimbing mereka dalam dunia internet.

*3-->     Pemahaman umum yang juga relevan dengan dunia sebenar seperti larangan bertegur sapa atau mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali juga perlu ditekankan kepada anak-anak.

*4-->     Ibu bapa juga perlu menekankan tentang larangan memuat naik foto peribadi, keluarga mahupun rakan-rakan yang tidak sopan di laman rangkaian sosial.

*5-->     Ibu bapa perlu memantau corak penggunaan internet anak-anak.

*6-->     Menetapkan parameter atau peraturan tertentu bagi anak-anak seperti tempoh masa tertentu untuk anak-anak melayari internet dan menghadkan laman web tertentu untuk dilayari anak-anak.

*7-->     Selebihnya, bagi penguasa siber kafe pula mereka digalakkan juga melakukan perkara yang sama untuk menjaga keselamatan anak-anak dan bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata mahupun mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak. 


sumber: Majalah Wanita keluaran 3-9 Februari 2012 / 10-16 Rabiulawal 1433H

No comments:

Post a Comment