بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Monday, January 23, 2012

Hidup BER'nomad'


HIDUP ‘nomad’


Hidup nomad? Apa itu nomad??? Nomad tu hidup secara berpindah randah. Ni ciri-ciri kehidupan orang zaman prasejarah iaitu zaman Paleolitik dan Mesolitik. Mereka hidup di tepi tasik, sungai dan di dalam gua. Bagi aku ni la tajuk paling best tuk subjek Sejarah (Ting.4 BAB 1) …ngeee :p

                Macam tu la jugak dengan kehidupan aku. Boleh dikatakan dengan hidup secara nomad. Knapa? Sebaabbbb mungkin Allah dah tentukan hidup aku mcm ni. Aku terima seadanya. Start lepas SPM aku mula hidup secara nomad. Lepas mak meninggal (2005=SPM), aku ikut kakak menetap di KL. 2006 dapat panggilan dari kampung (grandmother / tok) mintak aku balik tuk sambung pengajian (STPM). Time tu duduk asrama, jadi tak rapat sangat dengan tok. Dua tahun ambik STPM (2006-2007) tem ni BER’nomad’ kat Alor Setar, 2008 terus dapat panggilan dari U…salah sebuah IPTA  di negara ni ;). Alhamdulillah. Jadi, hidup aku terus BER’nomad’ ke Perak. Sekarang 4 tahun sudah berlalu (2012) aku telah tamat belajar di universiti tersebut…alhamdulillah, hadiah tuk arwah abah, mak, atuk & tokwan (seblah mak) ;). Lepas ni aku hanya tunggu permohonan kerja. Tapi, sementara nak tunggu kerja tu, kat mana pulak aku nak tumpang berteduh? huk3 ;(. Setakat hari ni aku stay kat rumah member. Alhamdulillah ada jugak family yg baik hati mcm ni, dah anggap aku sebahagian dari family mereka. Syukur alhamdulillah. Skarang aku tengah tunggu mana pulak destinasi aku seterusnya. Aku tak boleh terus menetap di sini. Aku perlu hidup berdikari. Ya Allah…tunjukkanlah aku jalan yg benar…jalan yg Engkau redhai….amin.