بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Tuesday, February 28, 2012

TerkeDU SEketIKa

Terkedu Seketika....

Itulah keadaan saya ketika melihat seorang hamba Allah ni, hidupnya sangat 'simple' tapi hubungannya dengan Allah tetap dijaga dengan baik. Mungkin perkara ini bukanlah merupakan suatu perkara yang ganjil dan begitu hebat atau sebagainya. Tapi, bagi saya dengan melihat sikap dan sifat dia tu membuatkan saya rasa rendah diri dan kagum dengan dia.

Siapa orangnya???

Biarlah rahsia. Tapi apa yang hanya boleh dikongsikan, dia tu adalah roomate saya. Kami tak pernah mengenali antara satu sama lain. Pertama kali berjumpa ketika dia datang dengan seorang rakan untuk melihat keadaan rumah (rumah yang saya sewa sekarang) untuk menyewa bersama rakan-rakannya. Melihat dari segi penampilan, memang sangat simple sepertimana penampilan anak muda zaman sekarang, maaf untuk menyatakan bahawa pakaian tidak begitu menutup aurat tapi pakai tudung. Sepertimana yang dikatakan tadi, lebih kepada trend budak-budak remaja zaman sekarang. Pada mulanya dia datang berdua dan kelihatan rakannya yang lebih banyak bercakap. Dia hanya diam sahaja. Kemudian, datang lagi 3 orang rakan-rakannya yang lain.

Pertemuan kali pertama membuatkan hati saya berkata, budak-budak ni 'sosial sikit'... ;). Saya terfikir juga, antara syarat yang diletakkan oleh tuan rumah, penghuni rumah tu mestilah menjaga adab. Perlu sembahyang dan tidak boleh sesuka hati mambawa kawan lelaki memasuki rumah. Baik, syarat2 telah dipersetujui dan mereka berlima akan menyewa rumah tersebut. Tidak dinafikan juga, dalam kelima-lima orang itu, saya hanya rapat dan mempercayai seorang sahaja iaitu si rakan yang bercakap banyak tadi dan bukannya si dia (yang dimaksudkan).

Setelah sebulan berlalu, rumah sewa itu dipenuhi dengan budak-budak berlima tadi. Alhamdulillah semuanya ok, baik, kepala gila-gila, happy...ok la semuanya. Namun, apa yang menjadi perhatian dan pemantauan saya adalah dari segi penjagaan sembahyang mereka. Setakat hari ni, di depan saya semuanya ok. Sembahyang tak tinggal. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah kepada si dia yang sangat menjaga sembahyangnya. Apabila waktu tidak sibuk (hanya berada di rumah), masuk ja waktu solat dia akan terus pergi mengambil wudhuk dan solat. Apabila sibuk (contoh, balik kelas lewat) dia akan segera ke bilik air dan solat (terus mendahulukan solat). Saya memang suka dengan cara kehidupan dia walaupun dari segi pakaian tidak begitu dijaga. Dirinya juga simple, tatkala rakan-rakan lain sibuk siapkan diri (make-up) untuk ke kelas, dia hanya rileks, masuk bilik ambil tudung pakai. Ada juga saya tanya M*** tak suka make-up ke? Dia hanya menjawab 'tak'.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang dia buat itu amat mengagumkan saya tapi apa yang paling ketara adalah dalam bab solat. Saya bangga dengan dia. ;)

No comments:

Post a Comment