بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Thursday, March 8, 2012

j0M senYuM.... ^_^


Assalamualaikum....






" SENYUM ITU KELOPAK... KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNAKAN KEMBANGNYA"


Senyum.... :)


Saya suka tengok orang senyum...tak kisah la orang tu lelaki, perempuan, kanak-kanak, warga tua...saya suka tengok semua orang senyum. Bila senyum kan nampak cantik, manis ja. Yang tak ensem pun blh jd ensem. Yang tak cantik pun boleh nampak cantik sangat2. Tak percaya??? ok, skarang awak pergi berdiri depan cermin and then senyum pada diri awak sendiri. Suka tak tengok? Anda manis sebenarnya..kan3? hehe


Hei....senyum ni bagus tau...saya nak kongsi beberapa rahsia di sebalik senyuman.... smile ;)


Rahsia di sebalik senyuman

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6.
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 

10.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40% orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 

12.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

13.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 

14.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas juga mampu untuk memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 



Pesssstttttttttttttttttt!!! Ada lagi nie....... Nak tahu rahsia disebalik senyuman wanita tak???
Jom jom jom kita tengok dan hayati...... :)

>   Jika wanita tersenyum riang tanda perasaan telah sayang
>   Jika wanita tersenyum girang tanda rasa telah melayang
>   Jika wanita tersenyum lebar tanda sudah tidak sabar
>   Jika wanita tersenyum malu tanda perasaan telah terharu
>   Jika wanita tersenyum puas tanda perasaan telah lawas
>   Jika wanita tersenyum manis tanda sudah hilang tangis
>   Jika wanita tersenyum simpul tanda perasaan telah tumpul
>   Jika wanita tersenyum tawar tanda perasaan telah hambar
>   Jika wanita tersenyum pahit tanda perasaan telah sakit
>   Jika wanita tersenyum lagi tanda ingin memohon diri

Sumber: http://pakcikli00.wordpress.com/2009/10/16/rahsia-senyuman-wanita/rahsia-senyuman-wanita/

Pesanan: Percayalah bahawa senyuman anda yang dilemparkan mampu menyerikan  hari insan lain. Keep your smile everyday ;)

No comments:

Post a Comment