بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Tuesday, January 19, 2010

Ciri-ciri Insan Bergelar Sahabat

Setiap manusia di muka bumi ini masing-masing mempunyai sahabat. Namun, mencari seorang insan yang betul-betul bergelar sahabat amatlah susah. Di sini terdapat beberapa ciri insan bergelar sahabat untuk dikongsi bersama....

SAHABAT...
1> Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
2> Insan yang memahami diri kita, perasaan dan kehendak kita.
3> Insan yang jujur dan ikhlas melakukan sesuatu yang termampu dan terbaik pada kita tanpa meletakkan syarat dan tidak mengharapkan balasan.
4> Insan yang membela dan menutup aib, kesalahan dan kesilapan kita kepada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur dan menasihati kita di belakang mereka.
5> Insan yang menerima diri kita sama ada baik dan buruk tanpa sebarang syarat dan alasan.
6> Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya menggadai nyawanya kerana kita.
7> Insan yang jujur dan sabar dalam menegur, menegah dan menasihati kita daripada melakukan perkara-perkara yang buruk dan yang dilarang oleh agama.
8> Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat dan pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat dan menyerah kalah.
9> Insan yang dapat dijadikan tempat untuk meluahkan segala masalah hidup dan perasaan kita.
10> Insan yang boleh menyimpan rahsia kita dan boleh dipercayai tanpa membocorkannya kepada orang lain.
11> Insan yang boleh menjadi tempat untuk bergurau senda, berhibur dan bergelak ketawa bersama kita.
12> Insan yang sentiasa menyokong, pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
13> Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran dan pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
14> Insan yang sentiasa MENDOAKAN KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN kita setiap kali selepas solat.
15> Insan yang sentiasa mengingati dan merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hayat mereka.

ADAKAH SAHABAT-SAHABAT DI SEKELILING ANDA MEMPUNYAI CIR-CIRI TERSEBUT?????

No comments:

Post a Comment