بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Thursday, January 28, 2010

WEB 2.0

WEB 2.0

1)DEFINISI WEB 2.0
 Web 2.0 sebenarnya masih tidak dapat dijelaskan dengan sepenuhnya oleh pakar-pakar internet kerana ia agak meluas. Namun ia lebih menekankan kepada ‘social network’ atau jalinan sosial antara para penggunanya. Contohnya, melalui penggunaan Blog, pengguna boleh berkongsi artikel atau hasil-hasil nukilan yang lain dan pelbagai maklumat lagi yang melibatkan interaksi antara para pengguna.
 Istilah web 2.0 mula menjadi terkenal semenjak O’Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Web 2.0 tidak merujuk kepada teknologi baru dalam world wide web (www), meskipun web 2.0 memiliki kecenderungan tertentu dalam design dan penggunaan teknik AJAX.
 web 2.0 adalah klasifikasi dari web (yang kemudian berevolusi menjadi lebih dari sekedar klasifikasi: sebuah era) yang membuat ’semua orang’ yang terhubung ke web mampu menyediakan dan mendistribusikan konten (teks, grafis, dll) di web.

2)CIRI-CIRI WEB 2.0
• Terdapat aplikasi web yang berfungsi seperti aplikasi pada komputer desktop. Web ini boleh dijalankan terus melalui web browser dan tidak perlu menginstall apa-apa software. Contohnya javascripts, php dan sebagainya.
• User-generated content (interactivity): Membolehkan pengunjung memberikan pandangan atau komen seperti yang terdapat pada blog, Friendster, facebook dan sebagainya.
• Membolehkan pengguna melihat perkaitan atau pertalian diantara dia dan pengguna-pengguna lain denan mengisi maklumat peribadi sahaja. Menggunakan platform seperti MyBlogLog untuk blogs, atau add-a-friend untuk Friendster atau MySpace.
• Penggunaan RSS feed dan RSS reader pada web site atau blog boleh memberikan maklumat dengan segera kepada pengunjung apabila sesebuah site di update. Pengunjung tidak perlu lagi taip URL dan memeriksa sesebuah website setiap hari sekiranya pemilik site tersebut ada menulis artikel baru.

3)KELEBIHAN DAN KELEMAHAN WEB 2.0
 Kelebihan
- memudahkan interaksi antara para pengunjung.
-Internet user yang terdapat pada web 2.0 mudah untuk mengelola halaman web videonya tanpa harus mengeluarkan perbelanjaan untuk membeli hosting yang boleh menampung fail-fail video yang cukup besar kapasitinya.
 Kelemahan
-istilah web 2.0 sering disalahgunakan, terutamanya dalam web marketing, iaitu untuk menjelaskan apa saja perkara baru dalam internet, walaupun mungkin ia tidak mengandungi ciri-ciri seperti yang telah disebutkan. Hal ini adalah disebabkan wujudnya aplikasi-aplikasi baru pada internet yang mana kebanyakkannya akan dilonggokkan ke dalam istilah web 2.0. Kadang-kala walaupun sesebuah website itu baru, namun ia masih mengandungi ciri-ciri web 1.0. Malah ada juga website baru jenis ini akan tersalah menggunakan istilah web 2.0 untuk menggambarkan diri mereka, walaupun sebenarnya ciri-ciri website mereka adalah web 1.0.


4)PERBEZAAN WEB 2.0 BERBANDING WEB 1.0
Web1.0 adalah mengenai diri kita sendiri, manakala web2.0 adalah mengenai perhubungan atau interaksi antara diri kita sendiri dan orang lain.
Dalam web 1.0, pengunjung hanya boleh membaca artikel pada website, tetapi dalam web 2.0, pengunjung boleh menjadi subscriber dan contributor, termasuk photo-sharing seperti Flickr, YouTube dan sebagainya.
Melihat kepada ‘User-friendly interface’, web 1.0 selalunya tidak berapa user-friendly, berbanding dengan web 2.0 sites yang memudahkan sesiapa sahaja yang menggunakannya kerana ia merangkumi ciri-ciri WYSIWYG (what you see is what you get). Contohnya, pembina site Friendster dilihat begitu mudah sahaja membinanya.

>> diperolehi daripada:

o http://www.internetmelayu.com/blog/2007/04/30/apakah-web-20/
o http://putroweb.blogspot.com/2009/02/pengertian-web-20.html
o http://bloggingly.com/konsep-web-20-apa-itu-web-20/

No comments:

Post a Comment