بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Tuesday, May 15, 2012

CemBURU

          Cemburu atau dalam perkataan lain iri hati, curiga, syak wasangka...atau dalam bahasa omputeh jelesss (jelous) ... ;)

          Cemburu ni selalunya dikaitkan dengan wanita...betul kahh??? Saya rasa tak kottt...lelaki juga cemburu tapi kadang2 dia tak tunjukkan pada pasangan. Kalau ada yang tunjukkan tu memang power lah. Actually saya sendiri suka kalau seorang lelaki tu tak segan silu tuk berterus terang tentang perasaan cemburu dia pada pasangan. SEBAB??? sebab....dari situ kita dapat tahu yang dia sememangnya tak suka kita melakukan perbuatan tersebut. Perbuatan ape tuu??? perbuatan yg menyebabkan dia cemburu tu la...dan dari situ jugak, kita sedar dan akan sentiasa beringat lepas ni jangan buat lagi macam tu ;)

Saya ada terbaca pada blog sorang hamba Allah ni, dia cakap apa tau: 

"bagi mereka cemburu tu tandanya sayang...tapi yang sebenarnya kalau sayang takkan cemburu, ianya lebih kepada sifat mempercayai pasangannya. Maka kalau cemburu, dia tidak mempercayai pasangannya"


Benarkah???

Bagi saya ok, ada betulnya jugak...boleh la diterima alasan tu. Sebab apa tau ada kalanya cemburu sebab sayang ni boleh membawa kepada keburukan, yang mana boleh membawa kepada pergaduhan. Cemburu pasangan dia ramai kawan lelaki/ perempuan (ikut jantina pasangan), pasangan dia ramah sikit dengan kawan lelaki/perempuan...apa lagi, habis la perang dunia meletus. Cemburu ni boleh membuatkan pasangan rimas, lemas...kalau saya sendiri pun rimas jugak rasanya TAPI kalau pasangan tu cemburu tak bertempat la. Kalau cemburu dia bertempat memang saya boleh akui kesalahan.

          TAPI kadang2 cemburu sebab tanda sayang ni pun ok jugak. Bila dia cemburu memang nampak dia sayangkan kita. Kalau tak buat apa dia susah2 nak ambik tahu tentang kita, nampak pasangan dia kluar dengan orang lain..ahh lantak la, suka hati kau la nak kluar ngan sapa. Nampak sangat dia tak pedulikan kita. Tak best kan macam 2...

          Kesimpulannya..bagi saya cemburu tu merupakan satu perasaan yang sangat 'kreatif' dalam sesuatu perhubungan. Melalui cemburu kita dapat tahu kasih sayang pasangan dan kita dapat tahu perbuatan kita yang tidak disukai pasangan. TAPI apa2 pun biarlah bertempat. Jangan sesuka hati cemburu tak tentu pasal yang akhirnya kita sendiri jugak yang susah...;)

          Actually, saya juga sorang yang sangat kuat perasaan cemburu ni. Memang diakui, saya mudah cemburu bila tengok pasangan disayangi oleh orang lain selain keluarga. Bukan sayang atas dasar kawan, tapi atas dasar lain. Sememangnya dia ber'hati' dengan pasangan kita. Yang 2 memang saya jeles sangat2 w/pun pasangan tu tak ber'hati' pun dengan dia. Tak tahu la, stakat ni saya belum lagi berjaya untuk buang perasaan ni dari wujud dalam hati. Mungkin disebabkan pengalaman yang lalu, kepercayaan yang saya bagi tapi rupa-rupanya saya diambil kesempatan dengan kepercayaan tu. Satu kepedihan yang teramat sangat tuk hadapi. Saya tak kesah pasangan nak berhubungan dengan sesapa mahupun lelaki atau perempuan sebab saya sendiri pun suka berkawan dan ramai kawan2 perempuan dan lelaki...tapi satu ja, ingat lah status diri yang telah dimiliki. Mahu pasangan kita setia, kita pun kena la setia. Mahu pasangan jujur, kita pun kena la jujur.

          Namun, bila difikir-fikirkan...sebagai seorang hamba Allah, saya tidak mempunyai apa2 hak pun untuk cemburu dengan pasangan sebab saya masih belum ada apa2 ikatan rasmi atau ikatan halal dengan dia. Dia berhak untuk bebas melakukan apa sahaja. Saya hamba Allah, dia juga hamba Allah Yang Esa. Apa hak saya untuk cemburu atau kawal hidup dia sedangkan hidup saya sendiri dikawal oleh Maha Pencipta. Betapa kerdilnya diri ni jika hendak dibandingkan dengan mereka yang CEMBURU sesama hamba Allah dalam mengejar Ilmu, mengejar keampunan dariNya, mengejar rahmat dan mengejar semua yang perlu dikejar sebagai seorang hamba untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia apatah lagi di akhirat kelak.

          Jadi, sama2 lah kita bermuhasabah diri (sedang kuatkan diri sebab perasaan CEMBURU tu sedang timbul dalam hati)...Ya Allah..ampunkan dosaku.. kuatkan imanku menghadapi duniamu Ya Allah...amin Ya rabbal 'alamin...

No comments:

Post a Comment