بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Tuesday, May 15, 2012

HIKmah di seBALIk hiDUP suSah

Aduh...sempit2...
Bulan Mei 2012...boleh dikatakan 'bulan sempit' tuk aku...
sebab gaji kena bayar HUTANG...huhuhu

Tapi xpa, it's ok...Allah sentiasa bersama hamba2Nya di kala susah dan senang...Dia tidak pernah melupakan hamba2Nya, tapi hanya kita hamba2Nya ni seringkali leka dan melupakanNya di kala kita senang...betul tak??? Bak kata lirik lagu ombak rindu:
                         "Tuhan, aku tahu banyak dosaku...hanya ingat Kamu kala dukaku"

Mungkin ni merupakan hikmah buat aku utk sedar yg aku ni sebenarnya masih banyak berhutang dengan orang. Aku terpaksa berhutang tuk teruskan pengajian dan sekarang alhamdulillah dah grad. Baru ja grad, insyaAllah dah kerja nanti aku bayar balik hutang2 tu. Namun, aku lupa yg sekarang aku telah bekerja, w/pun kerja part time...tapi tetap dinamakan kerja. Sampailah satu hari dapat panggilan telefon dari salah sorang pemberi hutang, bertanyakan mengenai hutangnya. Fikir2 balik...yaaaa betul la skarang aku dah kerja, dah sampai waktu dan dah menjadi kewajipan tuk aku bayar segala hutang yang ada walaupun hanya kerja biasa. Yaaaa WAJIB!!! Namun...tertanya2 mampukah aku??? InsyaAllah...Allah sentiasa membantu hamba2Nya yang ingin melakukan kebaikan. 

It's ok...w/pun hidup susah, biarlah susah dulu, nanti senang kemudian...
biarlah hidup susah daripada hidup dalam berhutang...
biarlah hidup susah daripada hidup dalam keadaan orang tidak redha dengan kita....
biarlah hidup susah daripada hidup senang atas harta orang lain....

HIKMAH DI SEBALIK HIDUP SUSAH

Rupa-rupanya, disebalik hidup susah bersama arwah mak dulu...ada hikmah terbesar yang menunggu.. sepanjang hidup dengan dia, yang diajar hanyalah sentiasa terbiasa dengan hidup susah..sesusah mana pun hidup kita, ingatlah...ramai lagi orang yang hidup lebih susah dari kita..itu lah pesanan yang dia selalu bagi. Alhamdulillah,  kehidupan yang dilalui dengan dia dulu dapat dijadikan pengalaman manis dan pahit..dan sekarang walau sesusah mana pun hidup aku, insyaAllah aku boleh lalui. Arwah mak dulu boleh w/pun kena tanggung anak2. Aku hidup sorg2 mestilah lagi boleh...insyaAllah...sayang mak.


Sesungguhnya berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutangnya, dan mendatangkan kesan buruk dalam hidup di dunia dan akhirat apabila suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya.

Sabda Rasulullah s.a.w:
"berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari" (Riwayat al-Baihaqi)


Sabda Rasululluh s.a.w:
"Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)" (Riwayat Ibnu Majah)


Sabda Rasulullah s.a.w:
"Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas" (Riwayat al-Baihaqi)


1 comment:

  1. menarik...manusia apabila dia melihat sesutu dtg dari Allah dia akan bahagia teringt satu hadis nabi bersabda orang mukmin sungguh unik kerana apa bila dia menerima musibah dia bersabar kerana itu yang terbaik untuknya dan apa bila dia menerima nikmat dia bersyukur kerana itu yang terbaik untuknya http://hakikatcahayasatu.blogspot.com do follow moga ada manfaatnya

    ReplyDelete