بسم الله الرحمن الرحيم

...السلام عليكم...

Thursday, March 22, 2012

Tips Mencari isTeRi Solehah...;)

"Dunia ini perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
- Hadith riwayat Muslim

Salam....;)
hari nie nak kongsi satu ilmu dengan sahabat-sahabat sekalian...
satu perkara yang amat penting dan boleh dikatakan menjadi satu keinginan dan idaman para sahabat sekalian, termasuk lah saya sendiri iaitu....SUAMI dan ISTERI yang soleh dan solehah ;)
betul tak???hehe

Cerrrrr citee ada tak sesapa yang tak inginkan SUAMI atau ISTERI yang soleh dan solehah????

Baru-baru ni sorang sahabat share satu link dalam facebook, link yang mengandungi kata-kata yang sangat berguna kepada diri sendiri. Saya ingin share juga dalam blog ni kepada para sahabat sekalian..


"Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia
nanti Allah s.w.t kurangkan rasa cinta padanya,
tapi luahkanlah pada Allah s.w.t, 
Allah Maha Mengetahui siapa jodoh kita
cintai si dia dalam diam
dari kejauhan disulami kesederhanaan dan keikhlasan.


Jika benar cinta itu kerana Allah s.w.t, 
maka biarlah ia mengalir mengikut aliran Allah s.w.t
kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah s.w.t
maka ia pun berhilir hanya kepada Allah s.w.t


Bersabarlah, mungkin kamu akan menemui jodohmu"

Subhanallah...sangat indah kan... ;)


>>> ..."SIAPA SOLEH DAPAT SOLEHAH"...


"Sukar betul untuk mencari calon isteri yang solehah"
begitulah keluhan ramai lelaki masa kini. Agaknya, sesukar mencari gagak putih di tengah gerombolan gagak hitam. Memang sudah menjadi hukum dunia (sunnatullah), sesuatu yang berharga itu pasti susah mendapatkannya. Sebab itulah, ramai 'bachelor' yang tidak kahwin-kahwin lagi. Mereka berpegang kepada prinsip 'biar usia terlebih, jangan tersalah pilih".


TETAPI...
sesukar mana pun, masih ramai yang mengidamkan isteri yang solehah seperti Sultan Melaka yang mengidamkan Puteri Gunung Ledang. Jadi, tentulah ramai yang hendak tahu apakah panduan atau tip mencari isteri yang solehah.... ;)


>>>Tips MencARI IstErI solEhAH :)

awwchaakkk! jom2 baca tips2 nie, mana tauu boleh jadi panduan 
ngeee ;)


1>JADIKAN DIRI KITA (LELAKI) DAHULU SEBAGAI CALON SUAMI
Kenal pasti ciri-ciri suami yang soleh
Bina semua ciri dalam diri
Muhasabah soal hati, soal dalaman iman dan taqwa
Padankan sifat-sifat yang soleh dengan diri sendiri
KAEDAH TEPAT
inilah cara yang paling tepat untuk mendapat isteri solehah walaupun agak lambat. Kaedah ini ada kelebihannya sebab kunci kejayaannya terletak pada diri dan usaha kita sendiri. Walaupun jodoh usaha ikhtiar manusia, tetapi Allah s.w.t menentukan bahawa lelaki soleh adalah untuk wanita solehah dan begitulah sebaliknya. Juga tidak dinafikan cari jodoh berwakilkan ibu bapa, merisik khabar daripada kawan-kawan dan saluran yang dibenarkan syariat.


2> SEDAR DIRI
Kita harus malu kepada Allah s.w.t dan diri sendiri jika kita inginkan jodoh yang baik, sebaliknya diri kita yang tidak baik.  Ada cerita tentang seorang muda yang hidup tunggang langgang, kaki botol, hidup penuh maksiat tapi inginkan seorang wanita yang solehah. Namun, itulah fitrah tabi'e manusia walaupun diri sejahat mana sekalipun tetap inginkan yang baik. 


3> JANGAN DISUKARKANNYA
Ingin diingatkan bahawa, mencari calon yang soleh atau solehah janganlah terlalu praktikal. Cukuplah dengan tahap yang sederhana sahaja. Ini kerana pembinaan sifat-sifat solehah adalah suatu yang 'on going process'. Maksudnya, dibina secara sedikit-sedikit dan berterusan. Letakkan satu piawaian yang lebih tinggi buat diri sendiri berbanding 'bakal' pasangan kita.


4> PESAN BUAT LELAKI
Lelaki yang bakal menjadi pemimpin isteri dalam keluarga sebaiknya permudahkanlah dan rendahkanlah sedikit penilaian terhadap calon isteri kita dengan perkiraan setelah dia menjadi isteri kita nanti insyaAllah kita akan terus mendidiknya lagi.

"Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik. Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik"
-Surah An-Nur 24:26-

Sumber: Unit Dakwah dan Penerangan, Rakan Surau al-Falah UPSI


Thursday, March 8, 2012

j0M senYuM.... ^_^


Assalamualaikum....






" SENYUM ITU KELOPAK... KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNAKAN KEMBANGNYA"


Senyum.... :)


Saya suka tengok orang senyum...tak kisah la orang tu lelaki, perempuan, kanak-kanak, warga tua...saya suka tengok semua orang senyum. Bila senyum kan nampak cantik, manis ja. Yang tak ensem pun blh jd ensem. Yang tak cantik pun boleh nampak cantik sangat2. Tak percaya??? ok, skarang awak pergi berdiri depan cermin and then senyum pada diri awak sendiri. Suka tak tengok? Anda manis sebenarnya..kan3? hehe


Hei....senyum ni bagus tau...saya nak kongsi beberapa rahsia di sebalik senyuman.... smile ;)


Rahsia di sebalik senyuman

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. 

2.Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. 

3.
Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. 

4.
Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri. 

5.
Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. 

6.
Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan. 

7.
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan. 

8.
Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' . 

9.
Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit). 

10.
Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung. 

11.
Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40% orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat. 

12.
Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. 

13.
Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit. 

14.
Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, sekelumit rasa ikhlas juga mampu untuk memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan. 



Pesssstttttttttttttttttt!!! Ada lagi nie....... Nak tahu rahsia disebalik senyuman wanita tak???
Jom jom jom kita tengok dan hayati...... :)

>   Jika wanita tersenyum riang tanda perasaan telah sayang
>   Jika wanita tersenyum girang tanda rasa telah melayang
>   Jika wanita tersenyum lebar tanda sudah tidak sabar
>   Jika wanita tersenyum malu tanda perasaan telah terharu
>   Jika wanita tersenyum puas tanda perasaan telah lawas
>   Jika wanita tersenyum manis tanda sudah hilang tangis
>   Jika wanita tersenyum simpul tanda perasaan telah tumpul
>   Jika wanita tersenyum tawar tanda perasaan telah hambar
>   Jika wanita tersenyum pahit tanda perasaan telah sakit
>   Jika wanita tersenyum lagi tanda ingin memohon diri

Sumber: http://pakcikli00.wordpress.com/2009/10/16/rahsia-senyuman-wanita/rahsia-senyuman-wanita/

Pesanan: Percayalah bahawa senyuman anda yang dilemparkan mampu menyerikan  hari insan lain. Keep your smile everyday ;)

Tuesday, February 28, 2012

TerkeDU SEketIKa

Terkedu Seketika....

Itulah keadaan saya ketika melihat seorang hamba Allah ni, hidupnya sangat 'simple' tapi hubungannya dengan Allah tetap dijaga dengan baik. Mungkin perkara ini bukanlah merupakan suatu perkara yang ganjil dan begitu hebat atau sebagainya. Tapi, bagi saya dengan melihat sikap dan sifat dia tu membuatkan saya rasa rendah diri dan kagum dengan dia.

Siapa orangnya???

Biarlah rahsia. Tapi apa yang hanya boleh dikongsikan, dia tu adalah roomate saya. Kami tak pernah mengenali antara satu sama lain. Pertama kali berjumpa ketika dia datang dengan seorang rakan untuk melihat keadaan rumah (rumah yang saya sewa sekarang) untuk menyewa bersama rakan-rakannya. Melihat dari segi penampilan, memang sangat simple sepertimana penampilan anak muda zaman sekarang, maaf untuk menyatakan bahawa pakaian tidak begitu menutup aurat tapi pakai tudung. Sepertimana yang dikatakan tadi, lebih kepada trend budak-budak remaja zaman sekarang. Pada mulanya dia datang berdua dan kelihatan rakannya yang lebih banyak bercakap. Dia hanya diam sahaja. Kemudian, datang lagi 3 orang rakan-rakannya yang lain.

Pertemuan kali pertama membuatkan hati saya berkata, budak-budak ni 'sosial sikit'... ;). Saya terfikir juga, antara syarat yang diletakkan oleh tuan rumah, penghuni rumah tu mestilah menjaga adab. Perlu sembahyang dan tidak boleh sesuka hati mambawa kawan lelaki memasuki rumah. Baik, syarat2 telah dipersetujui dan mereka berlima akan menyewa rumah tersebut. Tidak dinafikan juga, dalam kelima-lima orang itu, saya hanya rapat dan mempercayai seorang sahaja iaitu si rakan yang bercakap banyak tadi dan bukannya si dia (yang dimaksudkan).

Setelah sebulan berlalu, rumah sewa itu dipenuhi dengan budak-budak berlima tadi. Alhamdulillah semuanya ok, baik, kepala gila-gila, happy...ok la semuanya. Namun, apa yang menjadi perhatian dan pemantauan saya adalah dari segi penjagaan sembahyang mereka. Setakat hari ni, di depan saya semuanya ok. Sembahyang tak tinggal. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah kepada si dia yang sangat menjaga sembahyangnya. Apabila waktu tidak sibuk (hanya berada di rumah), masuk ja waktu solat dia akan terus pergi mengambil wudhuk dan solat. Apabila sibuk (contoh, balik kelas lewat) dia akan segera ke bilik air dan solat (terus mendahulukan solat). Saya memang suka dengan cara kehidupan dia walaupun dari segi pakaian tidak begitu dijaga. Dirinya juga simple, tatkala rakan-rakan lain sibuk siapkan diri (make-up) untuk ke kelas, dia hanya rileks, masuk bilik ambil tudung pakai. Ada juga saya tanya M*** tak suka make-up ke? Dia hanya menjawab 'tak'.

Banyak lagi perkara-perkara lain yang dia buat itu amat mengagumkan saya tapi apa yang paling ketara adalah dalam bab solat. Saya bangga dengan dia. ;)

Thursday, February 23, 2012

perUbahAN

Salaaaaamun'alaikkk......;)

Kesedihan melanda...di saat ku keseorangan membawa diri mencari sesuap nasi di bumi orang...dalam hati rindu sangat2 kat kawan2. Terlintas di fikiran saat2 bersama mereka...kini, semua telah membawa diri masing2. Pelbagai perubahan telah berlaku dalam diri. Memang pelbagai sangat3. Mungkin semua perubahan itu merupakan jalan untuk diri ini menjadi seorang yang lebih matang dan hidup berdikari.


 Dulu ada kawan2 jalan sama2 nak p kelas...p jalan2 release tension pun sama2 beramai2...p pekan, keluaq KL...tapi sekarang, jalan sorang2 ja nak p mana pun. P keja sorang2, nak p jalan2 hilangkan tensyen pun sorang2. Tak berani nak jalan jauh2, xdak kawan nak teman dah. 


  
   Main pun sorang2.....huhuuu sedih3 ;(



    Jalan sorang2. Duduk sorang2. Rehat sorang2.     Sunyinya dunia...;(                                                       


    Makan & minum sorang2...


         Tidur pun sorang je....sedih rindukan kawan2 ;(


Malam2 kalau lapar & ada barang nak beli pun keluar jalan sorang2...;(

Semuanya sorang ja sekarang....;(
Lihatlah betapa pentingnya kehadiran seorang kawan dalam kehidupan...tanpa kawan hidup seseorang itu tidak akan sempurna....


Monday, February 20, 2012

7 Cara Memantau anAk-anAk Melayari interNET

AnaK aseT uTama kELuargA


*1-->     Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menyediakan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak belajar dan meneroka dunia internet. Pendidikan amat penting untuk menangani isu ini selain penggunaan alat pemantauan dan penapisan.

*2-->     Sebagaimana pentingnya ibu bapa dan penjaga membimbing anak-anak supaya bertanggungjawab menjaga diri sendiri dalam dunia sebenar, ibu bapa juga bertanggungjawab membimbing mereka dalam dunia internet.

*3-->     Pemahaman umum yang juga relevan dengan dunia sebenar seperti larangan bertegur sapa atau mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali juga perlu ditekankan kepada anak-anak.

*4-->     Ibu bapa juga perlu menekankan tentang larangan memuat naik foto peribadi, keluarga mahupun rakan-rakan yang tidak sopan di laman rangkaian sosial.

*5-->     Ibu bapa perlu memantau corak penggunaan internet anak-anak.

*6-->     Menetapkan parameter atau peraturan tertentu bagi anak-anak seperti tempoh masa tertentu untuk anak-anak melayari internet dan menghadkan laman web tertentu untuk dilayari anak-anak.

*7-->     Selebihnya, bagi penguasa siber kafe pula mereka digalakkan juga melakukan perkara yang sama untuk menjaga keselamatan anak-anak dan bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata mahupun mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak. 


sumber: Majalah Wanita keluaran 3-9 Februari 2012 / 10-16 Rabiulawal 1433H

Sunday, February 12, 2012

Berdiri atas kaki sendiri

Assalamualaikum......!!!

waaa...dah lama x update my lovely blog ni...soriee5x ngeee ;p
bila dijengok2 balik kat ruang 'My Story' tu...hue3 rupa2nya sepanjang tahun 2011 xpernah update langsung
SEBAB ???
ntah...x sempat kot, busy + malas =  ...... (jawab sendiri) :p

k k k 
hari ni tetiba rindu sgt kat blog ni & rasa nak kongsi skit tentang tajuk best ni

" BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI "



tewwww tajuk hik3
sebenarnya ni adalah rentetan & sambungan daripada tajuk nomad bulan lepas tu... dah nama pun hidup ber'nomad' kan, secara tak langsung dah hidup sorang2 ni mestilah kena berdiri atas kaki sendiri.

YA!!! berdiri atas kaki sendiri
9 Januari 2012, maka tamatlah pengajian ana (saya) di IPTA..terus balik kampung dalam 2 minggu. Sepanjang 2 minggu ni sesapa ja yang terjumpa ana mesti bertanyakan soalan yang sama. 
SOALAN PA ??? 
haa ni dia soalan tu....dah habeh mengaji ka?  bila nak dapat kerja? pas ni kena kerja di mana? aduh....tensyen3x!!! actually kalau soalan 2 ditanya dua tiga kali ok lg, masalahnya semua orang tanya benda yang sama...penat nak menjawab, dah jawab ada jugak yang terkejut...& tanya lagi sebab apa lambat sangat nak dapat kerja???? aduh...aduh...aduh... (dalam hati nak ja tukar tempat dengan orang2 yg bertanya tu, biar dia tahu n jawab sendiri soalan 2...huhuhu ;(... )

k k k 
dah genap dua minggu kat umah....tetiba satu hari tuuu jeng! jeng! jeng! sampai surat tawaran bekerja sambilan kat IPTA ana dulu....waaaaa dalam hati ni syukur sangat3x hanya Allah s.w.t ja yang tau...huhuhu malam tu jugak ana beli tiket balik U, esoknya p lapor diri kat sana hahaha jahat dak tinggaikan kg cam 2 ja :D
tak sengaja k, nnt cuti ana balik la...lagi pun tak lama 3 bulan ja. YAAA ni la yang dinamakan berdiri atas kaki sendiri. Sememangnya keputusan keluar dari kg n balik U tuk kerja tu agak tepat la. Bukan apa, dah sampai masa tuk ana hidup berdikari. Lagipun dah xda sesapa, ada tok ja kan. Dalam umur sebegini (20an ^_^ ) dah tak layak tuk dapat nafkah dari tok, lain la time blajar dulu. Memang kena cari duit sendiri. Kalau tolak tawaran tu pun sampai bila nak hidup bersenang lenang kat rumah tu....tak bleh, tah bleh, tak bleh....ana perlu usaha sendiri tuk cari rezeki, nak tanggung diri sendiri, nak belanja tuk konvo lagi nanti...hermhhh

Jadi...dah 2 hari ana kerja sambilan kat IPTA ana dulu....
PERASAAN...???
besttt sangat3...bleh jumpa lec, kawan2
tp masuk hari kedua 2 dah start buzy...
tringat nasihat Dr. Ibrahim (mantan lec ^_^ )
"now, here u are the one of university's stuff, not a student again, remember that" 
hue3x
pape pun, pengalaman tu yang penting...;)

opsss! lupa lak...
hermhhh...dah dapat keja ni, MAKA hidup ana pun dah ber'nomad' laaa kat universiti ni pulak....hahahahaha & > peace <

k k k
takat ni ja dulu ana nak kongsi2 hala tuju kehidupan ana, nanti kita sambung lagi k kat tajuk2 comel seterusnya..... comel ka tajuk2 tu??? hahaha pa2 ja la....daaa
Wassalam....................;)



Monday, January 23, 2012

Hidup BER'nomad'


HIDUP ‘nomad’


Hidup nomad? Apa itu nomad??? Nomad tu hidup secara berpindah randah. Ni ciri-ciri kehidupan orang zaman prasejarah iaitu zaman Paleolitik dan Mesolitik. Mereka hidup di tepi tasik, sungai dan di dalam gua. Bagi aku ni la tajuk paling best tuk subjek Sejarah (Ting.4 BAB 1) …ngeee :p

                Macam tu la jugak dengan kehidupan aku. Boleh dikatakan dengan hidup secara nomad. Knapa? Sebaabbbb mungkin Allah dah tentukan hidup aku mcm ni. Aku terima seadanya. Start lepas SPM aku mula hidup secara nomad. Lepas mak meninggal (2005=SPM), aku ikut kakak menetap di KL. 2006 dapat panggilan dari kampung (grandmother / tok) mintak aku balik tuk sambung pengajian (STPM). Time tu duduk asrama, jadi tak rapat sangat dengan tok. Dua tahun ambik STPM (2006-2007) tem ni BER’nomad’ kat Alor Setar, 2008 terus dapat panggilan dari U…salah sebuah IPTA  di negara ni ;). Alhamdulillah. Jadi, hidup aku terus BER’nomad’ ke Perak. Sekarang 4 tahun sudah berlalu (2012) aku telah tamat belajar di universiti tersebut…alhamdulillah, hadiah tuk arwah abah, mak, atuk & tokwan (seblah mak) ;). Lepas ni aku hanya tunggu permohonan kerja. Tapi, sementara nak tunggu kerja tu, kat mana pulak aku nak tumpang berteduh? huk3 ;(. Setakat hari ni aku stay kat rumah member. Alhamdulillah ada jugak family yg baik hati mcm ni, dah anggap aku sebahagian dari family mereka. Syukur alhamdulillah. Skarang aku tengah tunggu mana pulak destinasi aku seterusnya. Aku tak boleh terus menetap di sini. Aku perlu hidup berdikari. Ya Allah…tunjukkanlah aku jalan yg benar…jalan yg Engkau redhai….amin.